Perkhidmatan
Perpustakaan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dalam memenuhi kehendak pengguna. Antaranya:
Perkhidmatan Sirkulasi
- Kelayakan keahlian adalah terbuka kepada semua warga IPN dan peserta kursus yang mengikuti kursus di IPN.
- Kelayakan peminjam bahan perpustakaan kepada warga IPN dan peserta kursus mengikut keahlian seperti berikut:
Bil. |
Butiran |
Keahlian |
|
Warga IPN |
Bukan staf/Peserta Kursus |
||
1. |
Had pinjaman |
5 naskhah |
3 naskhah |
2. |
Tempoh pinjaman |
30 hari |
Tertakluk kepada tempoh berkursus |
Peraturan Pinjaman
- Peminjam bahan perpustakaan untuk ahli perpustakaan IPN sahaja.
- Peminjam bahan perpustakaan bertanggungjawab di atas kehilangan atau sebarang kerosakan bahan yang dipinjam.
- Pembaharuan bahan pinjaman perpustakaan dibenarkan sekali sahaja jika tiada tempahan dari pengguna lain.
- Bahan yang dipinjam tidak boleh dipindah milik.
- Bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan semula ke perpustakaan.
- Menyalurkan maklumat bagi tujuan penyelidikan dan rujukan dengan menjawab pertanyaan rujukan, memberikan khidmat nasihat pembaca dan mengumpul serta mengolah maklumat mengikut keperluan pengguna. Pengguna yang memerlukan maklumat boleh berjumpa dengan kakitangan bertugas atau dibuat melalui telefon, surat, faks dan emel.
Perkhidmatan Bacaan Majalah Dan SuratKhabar
- Perkhidmatan majalah dan surat khabar disediakan bagi mendedahkan pengguna kepada isu-isu dan maklumat semasa sama ada di dalam atau luar negara.
Perkhidmatan Online Public Access Catalogue(OPAC)
- Pengguna boleh mengakses bahan koleksi perpustakaan ini dengan menggunakan Online Public Access Catalogue(OPAC) dengan mudah dan cepat.
Perkhidmatan Penghantaran Bahan Pinjaman
- Perkhidmatan ini disediakan bagi warga IPN yang tidak dapat datang ke perpustakaan untuk membuat pinjaman secara biasa. Tempahan boleh dibuat melalui emel, telefon dan lain-lain media komunikasi yang sesuai. Bahan pinjaman akan dihantar terus ke meja peminjam.